Friday, September 6, 2013

Slice Cheese Cake ....


As Salam dan selamat malam semua...

Kek ni saya buat atas permintaan jiran saya,Siti untuk ulangtahun suaminya... memang lah kalau diikutkan saya dah tak larat nak ambil order tapi saya buat juga sebab she's my good neighbour and tak sampai hati pulak tolak.
Mulanya Siti minta saya buatkan cheese cake biasa tapi stok baking saya sangat limited so saya cadangkan Slice Cheese Cake dengan Blueberry topping...dia setuju....senang kerja saya he..he..
Kek ni memang favourite saya sebabnya tekstur nya macam Japanese Cotton Cheese Cake dan bila makan rasa ringan dan cair ja dimulut...plus dia tak manis serta senang nak buat....
Ok resepi saya ambil dari blog Ros,Jintan Manis dan kalau tak silap resepi asal dari Onigiri,myresepi.
Saya copy n paste saja ya....

Slice Cheese Cake
Sumber: Ros,Jintan Manis

Bahan-bahanya ( acuan kek saiz 18cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

No comments: