Tuesday, September 3, 2013

Mocha Chocolate Slice

 

As Salam semua,

Semalam saya ada baked Mocha Chocolate Slice(MCS) yang mana original resepi saya ambil dari blog K1 ...saya modified sikit saja dimana K1 guna Cappucino dan saya guna Mocha serta saya lebihkan penggunaan chocolate....hat lain saya tak tukarq....
Saya buat MCS sebab dear hb yg teringin nak makan chocolate tart tapi saya suggest MCS sebab saya teringin nak cuba guna 'loyang brownies yg ada cutter'...dah lama beli almost 2 years tapi tak pernah guna...nilah masanya kan he..he..
Macam mana rasanya... uols kena cuba buat le...ha..ha..tentulah sedap sebab dear hb makan banyak slice dan he smile from ear to ear....penat membaking hilang serta merta ^__^

Mocha Chocolate Slice
Adaptasi dari Cappucino Slice - Citarasawan
Bahan-Bahan
(A)
210g mentega ( saya guna buttercup ja)
100g gula perang
1 sk Mocha emulco

(B) -ayak besama kecuali Kacang tanah
250g tpg gandum
90g tpg jagung
50g susu tepung
60g kacang tanah - kisar kasar

Topping Coklat
270g coklat masakan (saya guna beryls)
12g cocoa butter
*** cairkan coklat secara double boil ,bila dah cair masukkan cocoa butter-kacau untuk cairkan bersama coklat.

loyang 10"x10"x2" berserta cutter

cara-cara
1.Pukul bahan A hingga berkrim,masukkan B,uli hingga menjadi doh yg lembut
2.Alas loyang dengan kertas minyak,biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang.
3.Ambil doh seberat 600g dan canaikan doh dalam acuan dan ratakan.Masukkan cutter-tekan hingga kedasar-cucuk permukaan doh dgn garfu
4.panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 140C selama 40 ke 45 minit atau sampai kekuningan.
5.Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuang coklat masakan yg dicairkan-ratakan.
6.Akan nampak jaluran yg terbentuk dr cutter.letak kembali cutter atas adunan dan biarkan coklat mengeras.keluarkan cutter.(cara saya nak bagi cepat coklat keras saya masukkan adunan slice dalam fridge selama 10 minit tapi jgn lama sgt nanti kalau coklat dah terlampau keras susah nak keluarkan cutter-10 minit dalam fridge saya tu sedang elok-elok saja tak berapa keras sgt dan masih lembut -senang utk keluarkan cutter)

nota: akan ada lebihan adunan shortbread so yg selebihnya boleh bakar dalam tart shell yg kecil-kecil.Saya dapat dalam 6 biji kulit tart.
-kalau nak tgk step-step pembuatan slice ni boleh refer kat blog K1-maaf saya tak sempat nak snap gambar cara2 sbb kalam kabut dgn 2 kanak-kanak ribena yg sibuk nak tolong saya ^__^

No comments: