Saturday, August 31, 2013

Mickey Mouse cake..... and 33 weeks


Selamat hari Merdeka yang ke 56 untuk semua rakyat Malaysia......

Bersempena hari Merdeka ni jiran saya buat majlis hari jadi untuk anaknya so jiran saya minta saya buatkan kek untuk hari istemewa anaknya, saya buatkan Rainbow kek dengan simple buttercream icing.
Kek di buat dari 3 biji kek...untuk muka 8 inci kek dan untuk telinga Mickey saya gunakan loyang 4 inci.
Resepi saya gunakan resepi dari whisk Kid atau kalau nak yang dah di translate boleh refer di blog Kak Zue,Semanis Gula atau di blog Kak Ita,Masam Manis .
Saya buat 1 1/2 adunan dimana 1 adunan utk muka dan 1/2 adunan utk telinga mickey.
Mulanya saya buat creamcheese buttercream ...ntah macam mana saya terletak banyak gula icing, dan kemanisannya diluar tahap kewarasan saya muahaha ...juling sat bijik mata,padahal resepi creamcheese ni selalu saya buat....ntahlah sejak 2 menjak ni saya tersangatlah clumsy hu..hu..maybe sebab dah sarat kot ha..ha..then nasib baik saya masih ada stok untuk buat buttercream yang biasa saya buat...
Tapikan baking masa tgh sarat ni sangat la meletihkan....next week saya ada new cake project lagi...cake untuk birthday my little Umar.....tak pa penat kita tolak tepi utk yg tersayang...


Ni pulak some treats yang saya buat untuk diletakkan di atas candy buffet jiran saya....Chocolate tart dan Vanilla muffins.
Jiran saya just tempah cake and muffin dan saya hadiahkan tarts kat dia....tarts ni saja bagi kat dia sebab saya nak habiskan stok compund chocolate....

No comments: