Monday, July 29, 2013

Biskut Raya #1 - Almond Florentine

Ini adalah 1st biskut atau kudapan yang saya buat untuk Mak dan MIL saya....
Almond Florentine .... sebenarnya niat dihati nak guna tepung mix Florentina saja sebab ia akan memudahkan mak buyong macam saya tapi bila pergi cari kat bakery di serata Puchong semua hampa belaka sebab dah kehabisan stok...dan semua kedai kata akan restock balik lepas raya...hu..hu..mmg lakukan Florentina mix ni ,macam goreng pisang panas ...saya agak pengusaha2 kuih raya yg borong semua ni...he..he..takpalah ...nasib baik sebelum pi kedai bakery saya dah bersedia dgn bahan-bahan yg perlu dibeli utk buat Florentine tanpa tepung mix.Walaupun kena buat lebih kerja sikit tapi senang sebenarnya...

Hasil Florentine yg di buat tanpa tepung mix dan yg penting RASA tu sama ^___^ dan sangat ranggup.
 
Almond Florentine
bahan A
180g campuran sliced almond,pumkin seed,sunflower seed
2 sb tepung gandum
1 sb bijan hitam
1/4 sk garam
 
bahan B
85g mentega tanpa garam
2 sb light corn syrup-kalau tak ada boleh ganti dgn golden syrup
2 sb diary whipping cream
1/2 cawan gula halus
1/2 sk esen vanila
 
Cara:-
1-Sediakan loyang berukuran 12 x 12 x 1 inch dan alaskan permukaan dengan baking paper yg berkualiti atau kertas minyak biasa tapi kena griskan dgn mentega diatasnya atau pakai silpat.
2-Campurkan semua bahan A dan ketepikan
3-Campur semua bahan B kecuali esen vanilla-masak diatas api yg sederhana-sesekali kacau dan apabila ia dah mendidih-biarkan selama ia memdidih selama 1 minit dan tutup api masukkan esen vanilla.
4-tuang B kedalam A -kacau rata dan ratakan atas dulang pembakar.
5-Bakar pada suhu 180C selama 10 - 15 minit atau sehingga keperangan.
6-keluarkan dari oven dan terus potong dengan pizza cutter dan tunggu sejuk untuk ceraikan kepingan florentine-simpan dalam bekas kedap udara.
 
**tips-masa ratakan atas dulang biarkan ada ruang 2 inch di bahagian tepi sebab nanti adunan akan mengembang dan kat bahagian tengah tu ratakan senipis mungkin dari bahagian tepi...nanti baru akan dapat kepingan yg ranggup.
 



No comments: