Wednesday, July 31, 2013

Biskut Raya # 4 - Biskut Suji Almond


Ni adalah biskut yg terakhir kot saya buat....sebenar dah tak nak buat tapi memandangkan saya kena habiskan stok tepung semolina @ suji yang dah nak expire tak lama lagi jadi projek biskut ni terlaksana jugak....
Macam biasa saya sekodeng resepi kat blog Kak Wan @ K1 ... dan ternyata berbaloi usaha keras saya ni  muahaha...macam la teruk sangat nak buat cookies ni...senang sebenar, tak susah pun...
Paduan badam dan suji memang sedap dan bila makan cair ja kat mulut ...I loikeee
Thanks ya K1 for sharing simple recipe but with a great taste ^__#

Biskut Suji Almond
Resepi asal:Chef Zubaidah
Sumber: K1 Citarawan

Bahan A
150g mentega (saya guna anchor)
30g minyak sapi
80g gula castor
1/2 sk esen vanilla

Bahan B
50g serbuk badam
60g tepung suji
220g tepung gandum
1/4 sk serbuk penaik

Hiasan: kuning telur dan badam nibs

Cara:
1-Sebatikan Bahan A
2-Kemudian campurkan Bahan B
3-Uli lembut adunan dan terap dengan acuan
4-sapukan kuning telur dan taburkan dgn badam nibs
5-Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sampai kekuningan(saya bakar pada suhu 150C selama 25 minit)

No comments: