Tuesday, June 11, 2013

Pla Lui San @ Ikan Dalam Taman

Dah lama teringin nak masak resepi ni tapi asyik terbantut sebab kena buat pes cili sangai.....
tapi sebab dah teringin tahap terbayang-bayang..saya merajinkan diri menyediakan pes cili sanggai tu...bila dah ada pes tu proses nak masak Ikan Dalam Taman menjadi sgt senang..
Thanks to Kak Nor,Secubit Garam ....memang sedap...


Resepi saya copy paste dari blog Kak Nor
Pla Lui San @ Ikan Dalam Taman
1 ekor ikan siakap -lumur dgn garam dan kunyit goreng garing

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..


Ni la rupa pes cili sanggi. @ nam prik pow - menurut Kak Nor pes ni boleh masak macam-macam resepi  just ikut kreativiti kita je....








PES CILI SANGAI
1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan udang kering)
2 cawan barang putih ~ (1 labu)
2 cawan bawang merah ~ (saya guna 1 cawan bawang goreng siap sedia)
1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka ~
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)

*yg dalam kurungan tu yg k.nor buat, sbb stok udang kering dah nak abis ler.. so kena la pandai2 ejjas bahan2 lain..- saya pun ikut kak Nor cuma tang bawang ja saya guna bawang goreng)

Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais

No comments: