Friday, June 21, 2013

Macarons Au Chocolate Noir a.k.a Dark Chocolate Macarons


Kawan saya ada bagi lebihan putih telur dan serbuk almond maka dengan itu Cik Nurul pun sangat rajin membuat Chocolate Macarons ni... tapi kejadian rupa paras cik Macs ni nampak rustic sikit..ha..ha..tak licin ni kes sebab Cik Nurul tak ayak serbuk almond and gula icing ...lepas blend dalam food processor terus Cik Nurul masukkan terus dalam adunan telur putih..hmmm.. ni kes pemalas...janganlah ditiru perangai buruk cik Nurul ni yea...

Resepi Macs ni dah saya modified sikit dimana saya dah kurangkan gula so macs ni tak rasa manis sangat dan plus saya buat ganached menggunakan dark chocolate yg menggunakan 65% cocoa solid
jadi terasa pahit-pahit manis gitu ganached filling tu.... jadi tak lah sinfull sangat...he..he.. suami saya sangat suka Macs yg gunakan resepi ni sebab tak manis...

Chocolate  Macarons

Bahan-bahan:

150g telur putih ( simpan dalam fridge selama 3 hari-keluarkan biarkan ia pada suhu bilik)
80g gula kaster
180g serbuk badam
250g gula ising
10g serbuk koko 

cara-cara:
1.Kisar serbuk badam bersama gula ising dan serbuk koko - kemudia setelah halus ,ayak campuran badam tadi.
2.Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.
3. Pada peringkat ini, mula masukkan gula kaster sedikit2 (3 kali masuk).
4. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer.
5. Campurkan mixture gula,koko dan badam ke dalam telur secara berperingkat (2 kali masuk).Sebatikan serbuk badam dengan telur putih dengan menggunakan spatula plastik.
6. Macaronage: kaup adunan dari bawah dan tekan ke disekeliling mangkuk-ini untuk keluarkan oksigen dari telur putih
7.Kemudian kaup  balik aduanan dari keliling mangkuk.
8.Buat beberapa kali step 7 - 8 sehingga mendapat kelikatan seperti aduna kek dimana bila kita angkat adunan dengan spatula ia akan turun seperti konsistensi ribbon .(jangan terlebih kacau sebab nanti adunan akan jadi terlalu cair)
9. Masukkan adunan kedalam piping beg
10. Paipkan adunan pada dulang berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm, boleh dapat 40 -45 biji keping.Kemudian hentakkan dulang pada permukaan yang rata-ini akan menolong macarons mendapat bentuk bulat dan menghilangkan "air bubles" yg terperangkap di permukaan shell.
11. Biarkan kering 40-45 mint.Nak tau kering ke tidak cuba sentuh permukaan shell kalau tak melekat di jari maknanya ia dah sedia untuk di bakar.
12. Selepas dah kering permukaan shell mula buka oven dan panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150 celsius  dan bakar selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven. Saya gunakan fan force method dimana saya panaskan oven pada 150C dan bila hendak bakar saya turunkan suhu kepada 130C
13. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada dulang. Kalau tidak pecah nanti.sedia untuk dihiaskan dengan filling .
Selamat Mencuba.

No comments: