Friday, February 15, 2013

Croissants Kota Warisan... ahaks


Sarapan hari ini....fuh...dah lama teringin nak buat Croissant ni tapi macam biasala kan bila tengok cara pembuatan yang rumit (pada hemat saya la),maka terbantut la niat suci murni saya tu he..he..yang sebenarnya rasanya Cik Nurul Malas!!
Tapi sebab dah lama dok pendamkan...maka semalam saya memberanikan diri membaut Danish Pastry ni dan ternyata sangkaan saya meleset....tak sesukar mana pun....
Tapi rupa Croissants saya ni tak berapa cantik sangat....kena praktis lagi,ya nak dapat hasil yg cantik kena buat selalu :)) ayat penaik semangat nih ,Insyallah  ...tapi walaupun rupanya yang tak berapa CUN tapi saya sangat berpuas hati dengan tekstur pastry ni  yang lembut dan rasanya yang lemak-lemak masin...


Terasa seperti seorang Parisian pulak bila bersarapan dengan homemade Croissant ni...kui..kui...
Resepi saya ambil dari Buku BreadMagic by Chef Alan Ooi....dan untuk step by step boleh rujuk di sini ya.... Thanks Kak Nomie...

Croissant @ Danish Pastry
Sumber: BreadMagic Chef Alan Ooi
Bahan A
350g tepung roti
150g tepung gandum
50g gula caster
1/2 camt garam
15g susu tepung

Bahan B
1 biji telur gred B
250ml air
2 camt yis segera

Bahan C
25g Lemak Sayuran

Bahan D
250g mentega Danish (saya guna pastry margerine yg ada jual di bakery mart -tak jumpa Danish Butter)

Method:
1.Satukan bahan A didalam mixer.Masukkan bahan B dan pukul adunan speed perlahan hingga menyerupai doh yang kasar.Masukkan C dan pukul uli hingga membentuk doh lembut.Balut Doh dengan Clig Plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minits

2.Keluarkan doh tadi dari peti sejuk dan taburkan sedikit tepung di atas doh. Gelek doh da bentukkan bentuk segi empat  tepat.Letakkan Pastry magerin diantara 2 keping plastik dan gelekkan memanjang dan letakkan ditengah-tengah doh tadi.Lipat Doh supaya menutupi pastry magerin tadi.

3.Gelekkan doh tadi dari tengah ke hejung lipatan untuk membentuk segiempat tepat.kemudian lipat kepada tiga lipatan dan balut dengan plastik.Masukkan dalam petisekuk selama 20 minit.Ulang proses yang sama untuk 2 kali lagi.Akhir sekali sejukkan doh sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman(saya sejukkan selama 5 jam )

4.untuk membentuk Croissant:
-Keluarkan doh danish pastry dari petisejuk.Bahagikan kepada 2 bahagian.Gelekkan doh nipis diatas permukaan yang ditaburi dgn sekit tepung dalam  ketebalan 1cm.Potong bentuk segitiga
-Gulung kan dari yang lebar ke hujung yg tirus.Letakkan diatas tray yang teras di gris dan biar kan ia naik sekali ganda -dalam masa 1 1/2 jam.


-sapu permukaan croissant dengan telur dan bakar pada oven yg telah dipanaskan @ 190C selama 20 minit.
Maaf saya tak dapat ambil gambar step by step cara pembuatan tapi anda semua boleh rujuk di blog Kak Nomie ....

1 comment:

rahel said...

Salam...nampak sedap sangat croissant ni...leh makan banyak n pekena hot tea...