Tuesday, December 4, 2012

Dates #1 - Banana Chocolate Muffin with Dates

Saya buat muffin ni sebab nak habiskan stok buah kurma yang masih berbaki dalam simpanan.Muffin ni senang nak dibuat sebab cara pembuatan hanya menggunakan Food Processor(FP) :D dan yang penting ia sedap.Gabungan pisang dan juga kurma ni sangat berhasil sebab ia membuatkan tekstur muffin menjadi sangat moist....

Banana Chocolate Muffin with Dates
Olahan:Nurul
Bahan-bahan:(Anggaran 8 - 10 biji)
(A)
170g tepung gandum
30g serbuk koko
100g gula castor
1 sk baking powder
secubit garam

(B)
2 biji telur
75ml minyak masak
100ml susu segar
sedikit esen vanilla
4 biji pisang emas-dipotong
8 biji kurma-dibuang biji dan di cincang halus

Cara-Cara:
1.Panaskan ketuhar pada 170C
2.Masukkan semua bahan-bahan (A) dalam Food Processor(FP).Kisar sehingga sekata
3.Kemudian masukkan bahan-bahan(B) kedalam FP.Kisar hingga sebati.
4.Ceduk adunan kedalam acuan muffin.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba...

No comments: