Saturday, November 3, 2012

Lion Icebox Cookies

Credits to Susan S ,Diamond for Dessert for the inspiration

Saya Buat cookies ni untuk Farewell Party Potluck anak saya di CIC(Children Islamic School) semalam.Sebelum ini pun saya selalu buat icebox cookies tapi bentuk biasa saja dan masa dok google idea yang menarik untuk icebox cookie ni saya ternampak Lion Cookie kat sini dan siap ada tutorial lagi cara nak membuatnya....
Tapi saya tak guna resepi dari blog tu,sebaliknya saya guna resepi dari buku macaron Hisako Ogita, I love Macarons . Hmmm ...Saya memang suggest you all buat sebab ia sangat sedap .Resepi dan bahan yang simple tapi rasanya sangat meletop ha..ha..  macam mana tu? he..he..sedap dari segi rasanya yang lemak-lemak dan manis yang sedang-sedang saja .
Pasai apa nama dia icebox cookie ya? ha..ha sebab  Icebox cookie dibuat dari doh  padat yang perlu dibekukan dalam bentuk tiub memanjang .Selepas doh sudah keras keluarkan dari peti ais dan  ia dipotong membulat dan di bakar...senang kan...
Jom kita tengok cara membuat versi cik Nurul pulak ya dan janganlah di bandingkan kerja cik Nurul dgn Miss Susan...mmg berbeza benor he..he..

Basic Icebox Cookie :(50 keping)
150g mentega tawar
100g gula castor
2 biji telur kuning
250g tepung gandum
sedikit essence vanilla
2 sb chocolate emulco

 Cara Membuatnya:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan masukkan kuning telur-kacau mesra .
2. Masukkan essen vanilla dan tepung -kacau sehingga membentuk doh(adunan akan ja sedikit lembik)
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian.1 bhgn dibiarkan dgn warna asal dan bungkus dgn plastik,bekukan.
4.1 lagi bahagian di campurkan dgn choc emulco-uli sehingga mesra dan sebati,balut dgn clig film dan bekukan.
5. Setelah doh dah agak keras (lebih kurang 30 minit) keluarkan dan bentukkan memanjang macam gambar dibawah .balut lagi sekali dgn plastik-padatkan dgn tangan supaya tiada gelembung udara didalam nya.

6. Kemudian keluarkan pula doh chocolate dan roll macam gambar dibawah  dan letakkan bahagian doh yg memanjang tadi ditengah-tengah.
7.Balut kemas dan wrap dengan clig film dan padatkan dgn tangan supaya tiada gelembung udara yang terkumpul.Sejukkan sampai betul-betul keras.
8.Setelah keras keluarkan dari petisejuk dan potong dgn ketebalan 0.5 cm .Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 12- 15 minit.
9.Setelah siap,sejukkan cookies.Sementara itu sediakan bahan-bahan hiasan untuk muka lion.
10.untuk Telinga saya cuma guna glace icing dimana saya campurkan 1 sudu besar gula icing dgn 1/5 sudu besar air dan 1sk tepung custard.kacau sebati masukkan dalam piping bag .potong sikit dihujung plastik-kecil saja dan mulakan dgn melukis telinga(icing cepat mengeras)
11.Untuk mata dan hidung saya gunakan coklat masakan yg dicairkan secara double boil.biarkan coklat agak-agak suam kuku masukkan dalam piping bag dan mula melukis.

*** untuk makluman ...nampak macam renyah tapi sebenarnya tak...malah saya sangat enjoy buat cookies ni...

No comments: