Thursday, October 18, 2012

French Bread

Masih dalam mood meroti.... our dinner semalam ,simple dan mengenyangkan..

French Bread
resepi: Yani   ,Deco Choco

Bahan-bahan:
  • 250g tepung berprotin tinggi
  • 50g tepung whole meal
  • 190ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil dry yeast

    topping:
  • sedikit butter
  • sedikit tepung whole meal (saya letak sesame seed)
Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan untuk roti ke dalam breadmaker. Pilih setting utk doh. Ikut arahan pd breadmaker masing-masing. (Saya tak ada Bread maker jadi saya masukkan semua bahan dalam KA mixer, dah siap uli dalam 10 minit kemudian bulatkan adunan letak balik dalam mangkuk tutup dgn kain lembab,bagi naik dalam 2 kali ganda)
  2. Bila dah siap, taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Ambik doh tadi. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Buat bentuk bulat. Tutupkan dengan kain lembab. Rehatkan selama 10-15 minit.
  3. Ambik sebiji doh canaikan jadi bentuk bulat yg bersaiz diameternya lebih kurang 15 cm.
  4. Kemudian gulung rapat-rapat. Buat untuk 2 biji seterusnya.
  5. Lepas itu tutup dengan kain lemmbab. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
  6. Spay/sapu permukaan roti dengan air . Taburkan sedikit tepung whole meal ke atasnya. Potong memanjang permukaan roti seperti dalam gambar di bawah. Letakkan sedikit butter pada bahagian yg telah dipotong. Bakar dalam oven dengan kepanasan 200 degree selama 18 minit.

No comments: