Tuesday, September 18, 2012

Zara 2nd Birthday

 Kek birthday untuk anak kawan baik merangkap ex-jiran sebelah rumah saya....Bila Ema jemput saya untuk majlis rumah terbuka dan sambutan harijadi Zara terus saya cakap saya nak buatkan kek untuk birthday girl....oleh kerana tema majlis adalah LEGO dan cik Nurul tak berapa dan(sempat) nak buat the miniature LEGO maka cik nurul mendapat idea untuk membuat Kek Dam Pelangi ....  orang putih panggil Rainbow Chekered cake he..he.....saya dapat inspirasi dari blog famous ni .. .sapa lagi kalau bukan kak Azlita ...tapi jgn la bandingkan kerja tangan beliau dgn saya ya....he..he...saya tak seteliti beliau.. ..

Untuk hiasan keliling kek tu saya buat pagar coklat...ni pun kes cream cheese topping tak cukup untuk salut seluruh kek...tu yang terpaksa pakaikan kek ni dgn pagar kalau tak nampak tak cantik...
 Si birthday girl... Zara yang sangat comel sgt teruja nak tiup kek.... kan cik nurul dah bagitaw...corak dam cik nurul tak berapa kemas..he..he..ni mmg kes nak cepat siap sbb baby kechik Aisyah asyik dok teriak saja mintak dukung...mmg tak boleh nak concentrate sangat...he..he..menyalahkan anak pulak muhaha...Bendera tu dipacakkan sebab tarikh harijadi Zara bersamaan hari 1 Malaysia...

Resepi Kek Pelangi
Sumber: Azlita Masam Manis 

3cawan tepung
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn unsalted butter ~ suhu bilik(180g)
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis(saya letak 1 3/4 cawan)
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan(saya bahagikan kepada 4 bekas ja...merah,hijau,kuning dan biru)

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


Bila kek dah sejuk  potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Ni cara saya potong kek untuk mendapatkan efek dam...

 Frosting:
250g cream cheese
125g butter
3/4 cawan gula icing-ayak
2 camb whippin cream
1 camb lemon juice

cara:
Pukul butter hingga kembang masukkkan cream cheese dan gula icing,lemon juice -pukul hingga kembang dan gebu dan akhir sekali baru masukkan whipping cream-pukul hingga sebati.

tips: untuk satu cake kena doublekan resepi sebab saya buat tak cukup untuk sapu keseluruh cake...hmm..

1 comment:

Unknown said...

kreatifnya kek akak...wah, dah aktif kembali ye kak buat kek...suke..suke!