Wednesday, September 12, 2012

Japanese Sponge Roll Cake -1st cake

Saya buat kek ni bersempena dengan birthday Umar yang ke 3pada hari Ahad lalu .Kek ni sangat mudah dan senang, saya sukakan tekstur ia yang sangat lembut dan lembab ....satu lagi faktor yang membuatkan ia menjadi kegemaran saya ialah kek ini tidak menggunakan langsung sebarang agen penaik ...dan itu memang kelebihan kek-kek atau pastry dari Jepun...boleh ikut step by step kat sini 

 



Japanese Sponge Roll cake
Bahan-Bahan
(A)
3 biji Kuning telur
75g Gula kastor
50ml Air
40ml minyak jagung/minyak masak
80g tepung gandum-ayak
1 camt esen vanilla

(B)
3 biji putih telur
2 camt gula kastor
secubit cream of tar-tar

(C)
Buah Stawberry atau jam yang disukai
Pewarna untuk hiasan
120ml whipping cream(non-diary Rich)-putar hingga kental
Loyang 10" x 10" x 2"

Cara-cara:
1-Panaskan oven pada suhu 170C.Sediakan Loyang dan gris serta alaskan dengan kertas baking.Pukul (B) hingga kembang dan bertanduk ,ketepikan
2-Pukul kuning telur dan gula hingga kembang diikuti air,minyak,esen vanilla dan tepung.Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.Kaup balik dgn adunan B hingga bergaul rata.
3-Ketepikan 3 camb adunan dan letakkan dengan pewarna kegemaran...saya letak dengan pewarna biru ,orange dan pink untuk setiap 1 camb adunan.masukkan dalam piping beg yang digunting sedikit di hujungnya dan pipekan keatas lyang mengikut corak yang disukai.


Saya buat corak yang simple saja ...lepas buat corak bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 2 minit.Angkat dan ketepikan
4-Tuang baki adunan keatas motif corak tadi,ratakan dengan spatula.bakar pada 170C selama 10 - 15 minit.
5-Keluarkan dari oven dan sejukkan diatas redai selama 10 minit( secara perlahan-lahan kek akan merenggang secara sendiri dari loyang).Terbalikkan kek diatas sehelai kertas minyak yang besar sedikai dari saiz kek.keluarkan alas bawahnya.Lapik sehelai lagi kertas minyak diatas motif corak tadi kemudian terbalikkan keatasnya.
6-Sapukan krim rata-rata dan aturkan buah stawberry kemudia gulung perlahan-lahan.Untuk tulisan nama tu saya pakai chocolate emulco....saya guna berus lukisan saiz 1 lepas dah gulung kek tu ,celup berus pada chocolate emulco dan tulis atas kek..senangkan...
7-Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

No comments: