Friday, August 24, 2012

Opera Cake

Selamat Hari Raya semua.....mesti sekarang masing-masing dah pulang dari kampung ...saya hari raya kedua dah balik ke Salak Tinggi...hmmm macam tak puas jer beraya kat kampung tempoh hari sebab tak dapat jumpa dengan semua sedara mara....ha..ha..tak pa raya haji insyallah boleh jumpa...

Kek Opera yang saya buat bersempena hari istimewa saya dan suami...our 8th anniversary....sebenarnya dah lama saya teringin nak buat cake ni tapi biasalah kan bila saya tengok cara pembuatan yg rumit terus saya tak bersemangat nak buat(malas yg betui nya)...tapi sebenarnya bila dah buat tak sesukar mana...sangat senang dan mudah...

Resepi cake opera ni saya adaptasi kan dari beberapa resepi yang saya dapat dari buku,majalah dan internet......terima kasih pada Kak Rima , Kak Azlita dan Majalah Femina kerana memberikan tips dan cara pembuatan yg saya rasa sangat mudah dan menyenangkan hidup saya..he..he..

Opera Cake
Jaconde cake
(A) Gaul sebati
170g serbuk badam
150g gula icing
50g tepung kek
4 biji telur (gred A)

(B)
160g putih telur
20g gula castor

(C)
60g minyak jagung

Method:
1.Sediakan loyang 9"x13"x2".Lenser dengan mentega dan lapik dgn kertas baking.Panaskan oven pada suhu 180C. Campurkan A.Gaul Sebati pakai spatula saja
2.Pukul putih telur sampai kembang kemudian masukkan gula....pukul adunan sampai kaku-bila diterbalikkan tak jatuh dari mangkuk
3.Masukkan minyak jagung-kacau rata
4.Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar selama 20 ke 25 minit.Sejukkan

Chocolate Ganache
300g Chocolate masakan
200g whipping cream

cara:
panaskan whipping cream.setelah naik wap tutup api dan masukkan chocolate yang telah di potong kecil-kecil dan kacau sebati.biarkan ia sejuk dan pekat.

Swiss coffe buttercream
100g putih telur
100g gula castor
300g mentega tawar sejuk (saya guna tatura unsalted)-potong dadu
1 sb coffee paste/emulco

cara:
1.Menggunakan teknik double boil...panaskan telur putih dan gula,kacau dengan whisker sehingga gula larut (kalau guna termometer panaskan hingga 65C sahaja)
2.Tuang campuran putih telur kedalam mangkuk pengadun,pukul menggunakan kelajuan tinggi hingga adunan jadi kembang dan halus(yg ni pakai ballon whisk)
3.masukkan mentega dadu satu persatu hingga habis.kemudian tukar kepada K beater terus pukul sampai kembang err..macam adunan buttercream...kemudian tambahkan coffee emulco-kacau sebati.

Syrup kopi
1/2 cawan air panas
3 sk nescafe(saya pakai decaffe)
-campur sampai larut....ada resepi letak gula tapi saya tak letak sebab nak kurangkan rasa manis....

Penyelesaian...
1.Potong kek kepada 2 bahagian sama besar kemudian setiap satu bahagian dibelah dua...ini akan menjadikan 4 lapis kek.
2.ambil satu keping kek(kek yg ada kerak letak di bhagian bawah)
3.sapu coffee sirap keseluruh cake kemudia sapukan coffee buttercream (saya guna piping bag)
4.tutup dengan lapisan kek (yg kerak letak di bawah) sapu dengan coffee sirap dan sapu pula dengan choc ganached(ganache kena pekat dan kentak untuk dapatkan lapisan yg tebal-yg ni pun saya pakai piping bag)
5.tutup dengan lapisan kek yang ketiga dan sapu dengan sirap dan letak pula coffee buttecream dan letak lapisan kek yang terakhir .sapukan sedikit di permukaan atas kek dgn buttercream kemudian curahkan ganached yg telah dicairkan sedikit keatas kek sehingga rata.Sejukkan selama sejam dam kemudia trim nips disekeliling cake untuk 'menampakkan' kejadian lapisan kek...betui ka ayat yg saya tulih ni...ha..ha..cikgu bahasa malaysia jangan marah kat saya no..ha..ha..
Cubalah ..rasa dia mmg sedap dan lagi sedapa kalau dinikmati bersama secawan kopi ....tapi tak boleh makan bayak nanti bertambah kilo kat badan...

No comments: