Monday, April 16, 2012

Muesli Slice


Muesli Slice yang saya buat untuk Umar....sedap and paling penting Umar suka....
Resepi saya ambil dari blog fames CMG ...saya copy paste je ya Che Mat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan rolled oats
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star atau campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil (saya guna walnut,pecan,almond,dan pumkin seed)
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip (optional)(saya tak letak)150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
  3. Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
  4. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....Sedap dimakan diwaktu senggang....

No comments: