Sunday, April 1, 2012

Karamel Kek for Abe Su

Assalamualaikum...and Hi to all...
Buat lagi Karamel kek ,tapi kali ni buat untuk kak Ina bersempena Birthday suaminya yang tersayang.Kak Ina tak minta pun kek ni tapi dia minta buatkan sebiji kek untuk nak surprisekan suaminya di BBQ ERLians kat Bagan Lalang(saya tak pi pun..hu..hu..anak kochik tak berani lagi nak expose kat hangin pantai hu..hu..),satu lagi dia kata tak payah deco-deco coz tak susahkan saya....tapikan saya ni jenis tak sampai hati kalau tak deco kek...nama pun baker and cake decorater so kalau tak hias kek rase macam tak kena jer...he..he..

Nama pun kek surprise jadi saya buatkan Karamel Kek bagi elemen surprise lebih menjadi menguja..ha..ha..pasai apa saya kata macam tu sebab bila potong kek tu akan nampak kesan belangan warna warni yang cik nurul lorekkan kat kek tu muahaha...

Simple decorations

Ok resepi saya ambil kat blog Kak Ita ,sebelum nie pernah buat masa saya pregnant dan alhamdulilah percubaan pertama baut kek ni menjadi dgn jayanya hasil tips yang diberikan oleh Kak ita...jadi kat sini Cik Nurul minta izin copy dan paste yea.....

Karemel Kek
Sources: Azlita Masam manis

Gula Hangus 2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 170g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

No comments: